Sunday, January 24, 2010

Minit Mesyuarat Antara MPP bersama dengan SPF dan Pro-Mahasiswa.

Tarikh: 21th Januari 2010 (Khamis)
Masa: 9p.m.
Tempat: Bilik Mesyuarat MPP

Bagi tahun 2010, ini merupakan kali pertama mengadakan mesyuarat dengan kalangan MPP untuk membincang isu air yang semakin serious di campus UUM. Agendanya:-
1.0 Berapakah Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang sedang mengalami krisis air dan berapakah kapasiti yang dibekalkan kepada pelajar di stetiap DPP?
- YDP Syafiq mengatakan bahawa krisis air di UUM telah dijangkakan oleh beliau sebelum is berlaku. Pemasangan paip air baru telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah dan tetapi masih tidak dilaksanakan dengan sempurna. Ini disebabkan masyarakat kampung yang susah mengembalikan tanah apabila diminta oleh kerajaan tempatan tersebut.
- Krisis air bermula dari semester kedua 2009/2010 pada awal minggu pertama kemasukan pelajar, dimana sebelum ia berlaku YDP berjangka bahawa krisis air akan berlaku pada minngu kedua sahaja. Dalam mesyuarat tergempar pada 6/1/2010 yang dipanggil oleh Datuk TNC telah dikeputuskan bahawa berlakunya krisis air ini bukan disebabkan oleh kesalahan pihak UUM, tetapi adalah berpunca daripada kekurangan bekalan air daripada Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri Kedah. Dalam mesyuarat tersebut, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) UUM adalah menyediakan tangki pam di setiap DPP (DPP MAS 3 pam, DPP TNB 3pam, DPP Protom 8 pam, Maybank 4 pam, DPP EON 4 pam, dan DPP YAB, setiap blok akan adakan 1 pam). Disebabkan tekanan air pam yang rendah, ia menyebabkan sesetengah blok tingkat bawah mempunyai air, manakala tingkat atas tidak ada bekalan air.

2.0 Jangka masa kepada krisis air.
- Menurut YDP pada mesyuarat tergempar Datuk TNC mengatakan bahawa krisis air ini akan berlangsung sepanjang tahun 2010. Dimana maklumat ini adalah melalaui pantauan daripada pihak JBA. Disebabkan air akan disalur dari Padang Sanai ke Changlun, dan kemudiannya ke UUM.

3.0 Adakan ini masalan dari Jabatan Bekalan Air negeri Kedah?
- Menurut ini adalah masalah dari karajaan negeri Kedah tetapi bukannya dari UUM. Menurut YDP, pihak atasan telah membuat aduan kepada JBA. Dimana aduan ini dibawa oleh datuk TNC.

4.0 Menurut ulasan dari atas, YDP beritahu bahawa krisis air bermula dari semester kedua iaitu tahun 2010. Tetapi, bermula dari bulan Oktober 2009, DPP Proton sudah mula mengalami masalah air selama 3 bulan. Apakah jelas dari MPP?
Masa pilihan raya campus yang lepas, terdapat calon MPP telah berjanji bahawa akan selesaikan masalah air, tetapi cuti selama 1 bulan, masih tidak ada sebarang progress dan perjalanan. Dan masalah air menjadi semakin serius, ia berterusan dari DPP Proton ke DPP MAS, DPP YAB dan lain. Adakah pihak MPP tidak sensitif dengan isu air ini?
- Pihak MPP berkata bahawa bukan mereka tidak bersensitif dengan isu air, tetapi krisis air ini berlaku semasa pembinaan DKG 6 dan perpustakaan baru. Pembinaan kedua-dua banguan memerlukan air yang banyak. DPP Proton tidak ada bekalan air adalah disebabkan tangki paip air telah dipecahan paip air ke Changlun. Dengan Pekan Changlun yang semakin maju dengan pembinaan perumahan, paip air ini dipecah ke pekan. Dan sambungnya dengan pembinaan DKG dan perpustakaan, bekalan air menjadi semakin kurang.

5.0 Mengulang soalan 1, disebabkan YDP telah tertinggal. Dengan dimana letaknya tangki-tangki air bagi setiap DPP, dkg dan perpustakaan. Ini adalah kerana bagi laluan A1 dan A2, kenapa cuma sesetengah DPP tidak ada air? Dan bagi laluan C, DPP YAB dan DPP Muamalat yang berada disisi, kenapa cuma DPP YAB yang tidak ada air? DKG mempunyai bekalan air, tetapi perpustakaan tidak ada.
Atau boleh dikatakan, UUM sedang mengawal/menyekat kapasiti air ke setiap DPP?
- Tangki air UUM cuma disediakan kepada pelajar seramai 10,000 orang, tetapi mengikut tahun ini pelajar UUM adalah seramai 18,000(20,000) orang. Dengan pembangunan binaan di sekitar UUM, ia telah menyurangkan air kepada setiap DPP.
- Tentang kawalan air yang dilakukan oleh UUM, ini adalah agak mustahil.

6.0 Dalam mesyuarat tergempar, didapati pihak universiti akan menambahkan bilangan lori sebanyak 9 hingga 10 buah untuk membawa air kepada setiap DPP. Hingga sekarang berapakah jumlah lori?
- Jumlahnya adalah 18 buah lori.

7.0 Meminta minit mesyuarat atau surat dalam menyelesaikan masalah isu air.
Mencadangkan bahawa sebarang jika ada sebarang tindakan yang dibuat olen MPP dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam campus.
- Kami(MPP) tidak membuat sebarang official minit mesyuarat, tetapi cuma ada minit yang dibuat oleh sendiri. Dimana minit ini telah diletak di laman web.

8.0 Sebagai pelajar yang menginap di DPP YAB, didapati air di situ adalah tidak mencukupi. Terdapat pelajar menggunakan paip bomba untuk mandi, sehingga paip bomba tidak ada air. Jika bakaran berlaku, siapakah yang akan tanggung? Jadi, kami ingin tahu berapakah kapasiti yang dihantar ke setiap DPP dan kapasiti air yang pam ke dalam tangki serta kekerapan lori menghantar air ke DPP.
- Kapasiti adalah bergantung kepada penggunaan. Air ini adalah dari pam air Changlun. Dan air dihantar mengikut bilangan pelajar dan panggilan dari pihak DPP. JPM DPP akan membuat panggilan kepada perkidmatan air untuk menghantar air.

9.0 Disini, kami berharap pihak MPP akan mengadakan satu dialog dengan bertemu dengan pelajar yang sah dari pihak universitido tempat umum. Dengan ini, akan meredakan kemarahan pelajar yang menghadapi masalah.
- Didapati apa yang dicadangkan oleh saudara telah berada dalam perancangan MPP dan akan bermula dari minggu hadapan yang merupakan satu program MPP. Datuk TNC akan menolong untuk berhadapan dengan pelajar. Dan suadara-saudari dijemput untuk member pendirian kepada para pelajar.

10.0 selepas perbincangan, didapati masih ada persolan yang belum dapat dijawap.
10.1 Apakah penyelesaian kepada isu krisis air ini?
10.2 Bilakah masalah krisis air akan bertambah baik?
10.3 Jika pihak universiti masih tidak dapat menyelesaikan masalah air, kami mengharap isu krisis air di UUM akan membawa kepada parlimen.
10.4 YDP masih belum jelas kenapa cuma sesetengah DPP sahaja yang menghadapi masalah air, contohnya bagi DPP Maybank dan DPP Petronas yang tidak pernah mengalami masalah air.
10.5 Sehingga hari ini, berapakah DPP di UUM dalam manghadapi masalah krisis air?
- Bukan semua DPP yang menghadapi masalah ini, setakat hari ini cuma didapati bahawa DPP Sime Darby and DPP Petronas tidak mempunyai masalah air. Dan di DPP YAB dan Muamalat memang adanya masalah air. (didapati DPP Muamalat tidak pernah menghadapi masalah air
- Penjelasan kepada “kenapa cuma sesetengah DPP yang hadapi krisis air” adalah disebabkam pam loji diluar campus dalam keadaan yang tidak baik. Dalam proses pembinaan dalam UUM, ia telah menyebabkan pengaliran air pam ke sesetengah DPP semakin berkurangan.

11.0 Setujukah MPP berpendapat bahawa krisis air yang ada di UUM adalah masalah dari kerajaan negeri?
- Penyataan yang dikeluarkan oleh pihak universiti bahawa ini adalah masalah kerajaan negeri. Dalam mesyuarat tergempar, dalam perbincangan didapati masalah air adalah berpunca dari JBA. Dengan pantauan sejarak krisis air di UUM, antara tahun 2004 hingga tahun 2005, masalah air berlaku di DPP yang baru dibina seperti DPP YAB dan DPP Muamalat. Dan antara tahun 2006 hingga sekarang, air dalam campus semakin berkurang, dan punca utamanya adalah yang seperti diulaskan, ia adalah berpunca daripada kerajaan negeri.

Disini, kami dari pihak SPF ingin memberitahu kepada pihak MPP dan pihak universiti, jika krisis air masih tidak dapat diselesaikan. Kami akan membawa kes ini ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Disediakan oleh- Student Progressive Front UUM

No comments:

Post a Comment