Saturday, October 10, 2009

MAHASISWA MALAYSIA BANTAH E-UNDI DALAM PILIHANRAYA KAMPUS (PRK)!!


Apa itu E-Pengundian (E-Voting)?

E-Pengundian merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam bentuk pengundian secara berkomputer di dalam menjalankan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti-universiti. Proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini dilakukan secara manual (undian dengan memangkah calon-calon yang bertanding pada kertas).

Kenapa Mahasiswa Menolak Sistem Pengundian Cara Ini???

Sistem Mudah Dimanipulasi Oleh Pihak Yang Berkepentingan

Integriti ketua pusat mengundi dan ketua pusat penjumlahan undi boleh dipersoalkan kerana kejujuran seseorang sukar dibuktikan. Ini juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.

Kawalan penuh oleh TNC dan HEP

Jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk dianggotai oleh TNC(HEP dan Alumni) serta staf – staf HEP yang membantu calon aspirasi BN. Di UPM contohnya, Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JKI) dipengerusikan oleh TNC HEP dan beliau juga berkuasa dalam perlantikan jawatankuasa yang lain. Di UM juga mengikut sumber terdekat akan dikawal sepenuhnya oleh jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh TNC HEP.

Tiada badan bebas daripada luar untuk memantau PRK dan sistem E–Undi

PRK yang telus sepatutnya membenarkan badan bebas atau NGO luar (MAFREL, SUHAKAM, SPR dll) membuat penilaian dan audit terhadap sistem e–undi. Calon atau ejen calon tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam pusat pembuangan undi sedangkan dalam pilihanraya umum, calon atau egen calon dibenarkan untuk melihat proses pembuangan undi.

Calon atau ejen calon dinafikan hak untuk terlibat dalam proses pengiraan undi.

Calon atau ajen calon tidak dapat melihat pengiraan undi dilakukan tetapi hanya mengetahui jumlah tertentu selepas pengiraan dilakukan.

Tiada senarai daftar pengundi

Senarai daftar pengundi tidak diberikan kepada calon untuk semakan daftar pengundi sedangkan hanya mahasiswa tertentu sahaja dibenarkan untuk mengundi. Berbanding pilihanraya umum, senarai daftar pengundi diberikan untuk semakan calon yang bertanding.

Kos untuk membangunkan sistem E–Undi adalah sangat tinggi.

Penggunaan wang yang sangat besar adalah satu pembaziran sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan pelajar.


Mungkinkah sistem yang sama untuk lain-lain pilihan raya di Malaysia? Jika masyarakat universiti yang terpelajar diperbodohkan dengan mudah, apa lagi rakyat biasa! Menteri Pengajian Tinggi harus letak jawatan!

No comments:

Post a Comment